Monday, March 28, 2011

MuhAsaBahDiri PeRbaiKI diRI

Akhirnya hujung minggupun tiba..
Alhamdulillah..hanya kalimah itu terpacul dibibirnya..rasa syukur menyelinap di dada..
tengah hari tu dia pulang..
pulang ke rumah dengan membawa hati yang sarat bahagia..
wajah ibu, ayah, adik bermain di mata..
…………………………………………………………………………………

‘ma..biar la ma..biar akak yg buat..mak tak yah la..mak pi la siap2 sat gi nk makan kenduri..’
‘biar la..mak nak tolong kau siapkan ni..nak suh siap cepat.’

tangan si ibu cepat bekerja..
membasuh ayam,ikan, sayur..kebetulan air disingki tidak kunjung tiba..hanya air tadahan yang diguna..
leceh..

mulutnya kecoh bercerita + cam membebel pun ada..tangan tidak bergerak mana..lantaran ibu yang lebih banyak bekerja…
haa..ni cakap banyak ni mesti kat sana tak banyak cakap..’
hu2..senyum meleret..rasa kagum pada ibunya terbit di dada..masakan ibunya tahu dia memang begitu di kolejnya…
………………………………………………………………………………………………

dia memang tidak banyak cakap di kolejnya..semuanya disimpan didada..diadu pada yang Esa segala kesedihan yang menimpa..rakan2 dirasakan ujian baginya..
ke sana ke mari…sendiri sahaja, tidak suka ditunggu tidak mengapa menunggu..
cuba berbaik sangka tika salah faham menjelma..
cuba mengejar..tapi sering kali tertinggal..aahh..sampai bilakah???

kadang2 nafsu cuba meracuni jiwa..
dendam dirasa tersemat didada..lantaran teringat perbuatan org padanya..maaf rakan..diriku bukan malaikat yg semprna sifatnya aku hanya insan biasa yang punya hati dan perasaan sepertimu jua…perlakukan kpd ku sbgimana engkau mahu diperlakukan, ya Rabb buangkan lah rasa tidak enak ini dari hatiku buangkanlah ia sejauh hujung dunia  agar ia tidak bisa pulang menghinggapiku.. tangisnya di dalam doa ..pohon simpati pada Dia yang maha Rahman dan Rahim pada hambaNya..

‘tulislah kejahatan yg diperlakukan di atas air..agar ia terpadam dan berlalu pergi bersama aliran air itu, tetapi pahatkan lah kebaikan yg diperlakukan di hatimu..agar hatimu tenang dan gembira pabila teringat saat itu..dgn mengingati nikmat Allah yg banyak itu akan mmbuatkan hatimu bahagia walau dirimu menanggung sengsara..bersungguh2 la melawan nafsumu (mujahadatunnafs)  krn Allah sentiasa bersama org yg bersungguh2’
..kata2 ini menyelinap ke dalam hati..tatkala bermuhasabah diri pd Ilahi
…………………………………………………………………………………………

Alhamdulillah..dirinya terasa tenang dan lebih bahagia sekarang..berkat ujian yang melanda..rupanya ada hikmah besar yang ingin diberikan olehNya..tiba saatnya akhirnya dia memperolehnya.. 

salam juang sahabt2 medden moga hati kalian seluas lautanNya bagi menampung sebanyak ilmu yg mungkin sbg bekalan dalam permusafiran yang bakal menjelma..

--cerita ini hanya rekaan semata2, ambillah pengajaran sekiranya ada--

dariku hambaNya
syamimiahmad

Wednesday, January 12, 2011

Di suatu petang…

Di rumah…

Adam    :abang..oo abang..
Abang   :yee..
Adam    :dah solat??
Abang   :mestilah dah !
(dia menjawab dengan penuh semangat..Sambil tangan ligat mengikat tali kasutnya, bersiap-siap hendak ke padang..’Match bola petang ni!’ detak hatinya..)
Adam    :abang..nak Tanya lagi boleh??
Abang   :Ape?? cepat siket..abang dah lambat dah ni..
(matanya memandang tepat pada si adik yang bertanya..ada sedikit perubahan pada riak wajahnya..’pelik.. sungguh budak nih!’ gumamnya sendirian)
Adam    : Allah tu ada tak bang?
Abang   : laa..kenapa tanya..kan adam belajar kat sekolah..Allah tu adeee..
Adam    :Allah tu Nampak kita tak bang??
Abang   :ya Allah..mestilah la Nampak dah Dia maha MELIHAT..hish..adam ni buang mase abang je la..dah la..abang nak gi dah ni..ade match..
(dengusnya..geram!)
Adam    : eh..eh..abang..sat..sat..
Abang   : ape lagi?!
Adam    : kenapa abang pakai seluar atas lutut?? Allah tak nampak eh yg nie..??
Abang   : erk….


p/s:
kebanyakan kita telah mengetahui keadaan seperti ini dan terdapat banyak lagi keadaan2 lain yang seangkatan dengannya, tetapi kita masih juga melakukannya..sedarkah kita..kita sebenarnya mengundang azab dari Nya akibat tidak mengendahkan suruhanNya..ingatlah..setiap suruhan dan laranganNya bukan untuk kebaikan Dia namun untuk kebaikan diri kita sendiri..tidak mahukah kita??
pepatah arab ada menyebut..al ilmu bila amal kassyajar bila samar..ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah..bertapa tidak bergunannya ilmu itu kerana tidak dapat diambil manfaat darinya..

ya Allah bantulah kami dalam mengamalkan barang ilmu yang telah kami pelajari dengan Rahmat yang Engkau berikan kepada kami..dan jauhkanlah kami dari golongan orang2 yang rugi…”

dariku hambaNya
syamimiahmad

Sunday, December 12, 2010

..Dakwah Muharram..

Lebih kurang begitulah tajuk cerita yg dipaparkan di TV3 baru2 ini sempena ma’al hijrah..arahan eirma Fatima..Bagi saya pembawaan cerita ini sangat menarik.. J
Terngiang-ngiang nasyid kumpulan Raihan..saya kira ianya sangat ‘sung’ dengan cerita ini..
…Berhibur tiada salahnya,
kerna hiburan itu indah..
hanya pabila salah memilihnya..
membuat kita jadi bersalah…
 begitulah bait2 lagunya..

Mari saya ceritakan serba sedikit tentang cerita ini..yuk teman2.. J

   ..Kisahnya bermula apabila seorang abang, Hafiz, yang berkelulusan dari Cairo Mesir ingin berdakwah pada adiknya, Wan, lepasan SPM, meminati muzik..walaubagaimanapun keliru untuk menjadikan muzik itu sebagai satu  hobi atau suatu kerjaya pada masa akan datang.. Latar belakang keluarga mereka terdiri dari seorang ayah dan ibu yang sangat menjaga urusan agama mereka, mereka dididik untuk berada di rumah sebelum malam, solat maghrib & isya’ berjemaah, seterusnya makan malam bersama..
                
     Sebagai satu solusi, Hafiz telah merancang untuk mengadakan konsert sempena menyambut 1 Muharram di Bukit Bintang, ianya dibantu oleh seorang hartawan dermawan, Dato’ Hasyim yang juga mempunyai matlamat yang sama sepertinya
                
Antara pendirian Hafiz yang boleh saya kongsikan:

1.       masjid sudah dihadiri oleh orang2 yang mempunyai hati yangg lunak terhadap Allah,  oleh itu pendekatan seperti Tazkirah sangat bermanfaat buat mereka

2.       kenapa BUKIT BINTANG? kerana sasaran mad’u nya adalah mereka2 yang jauh dari masjid, yang tak akan ke masjid untuk menyambut 1 Muharram, yang kadang2 ada juga yang tidak tahu- ada apa dengan 1 Muharram..justeru dengan mengadakan konsert yang mampunyai bait2 lirik yang baik..ia merupakan satu dakwah buat mereka2 yang jauh ini.

3.      sebelum konsert di Bukit Bintang diadakan, Hafiz telah bertemu seorang ahli agama dan menyatakan hasratnya, namun ianya tidak dipersetujui..(maaf tak ingat mengapa..)..walaubagaimanapun Hafiz tekad dengan hasratnya kerana dia tahu ianya tidak berlanggar dengan syara’
(* sebagaiamana yang telah dilaksanakan di Kelantan konsert2 seperti konsert Mawi, turut diadakan- tempat duduk diasingkan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga ruang untuk keluarga- bait2 lirik juga diambil kira agar pendengarnya tidak layu leka dengan angan2 yang tidak seberapa..)

Antara ‘scene’ menarik yang ada dalam cerita ini:

1.  babak Hafiz menasihati Wan “Wan..masa kita ada 24 jam..mak dan ayah hanya mintak dari kita untuk 
    berada bersama mereka start waktu maghrib..takkan tu pun tak  boleh..”.

2. babak Hafiz meyertai band Wan..” main lagu bonjovie.abang nyanyi..”…”abang dah kate abang boleh nyanyi lagu macam2..”..: kesimpulan untuk ‘scene’ ini: da’ie kalau boleh kena pandai masuk dengan sasaran mad’u
(*dakwah bilhikmah..iya..bukan suatu yang mudah, namun ia perlu difikirkan..

3. babak perbincangan Hafiz dengan seorang ustaz tentang pendekatan dakwah dengan mengadakan konsert (rock+qasidah)

…Demikian serba sedikit perkongsian tentang cerita ini..bagi saya ianya sebuah realiti yang kita hadapi pada masa kini, semoga Allah mengurniakan kepada kita idea2, ilham2 yang terbaik dari sisiNya untuk ‘menarik’ saudara2 seIslam yang semakin jauh dari landasanNya walau landasnya sudah terbina sejak dari zaman junjungan besar Rasul SAW..namun didikan agama yang kurang menyebabkan masyarakat yang kebanyakannya mewarisi Islam secara keturunan ini tidak menghargai ‘mutiara’ yang tersergam indah di depan mata dek cetek ilmu yang mampu menggilapnya..yang Nampak di mata HANYA kaca & duri  yang menyakitkan sahaja…

Khulasotul koul..

Hanya Allah yang member kita tawfik dan hidayahNya..
namun untuk memperolehnya usaha perlu dilakukan

dariku hambaNya
syamimiahmad

 p/s: terdapat sedikit sebanyak perbezaan dengan cerita asal, walaubagaimanapun asal maksud cerita yang cuba digarap oleh pengarah filem berkenaan cuba saya terjemahkan mengikut kefahamanan saya sendiri


Thursday, October 7, 2010

haish...!

“haish..mane ni nota tadi??”

melilau –lilau mata mencari sambil mulut terkumat kamit bergumam marah pada diri sendiri.

.”tu lah kau dapat nota tak bind skaligus nga nota lain”..huih..
dengus dia pada dirinya buat yg kesekian kali..

“hah! adepun kau nota”

..tangan dengan pantas mencekup..jari mula menari-nari pada papan kekunci memasukkan data2 penting ke storan komputer..langsung tiada rasa syukur yg menerpa di jiwa..saat nikmat itu dikembalikan oleh Dia..sungguh dia lupa merafa’kan kesyukuran pd sang pencipta..

“adehh!!..awat la..komp ni hang plak..hish..saat2 genting ni la kau nk wat hal..cube la mudahkan keje aku yang sedia payah ni..!.”.dengusnya kemarahan..
tiada apa yg bermain di kepala..hanya kerisauan yang melanda…

” lusa dah kene hantaq..awat la jadi lagu nihh..”
..rasa sedih mula menyesak dada.. jiwa mula resah gelisah..hati kecil bermadah duka..

saat itu….

Allahu akbar Allahu Akbar, Allahu akbar Allahu Akbar…

azan berkumandung sayup-sayup di udara..sugguh tenang…damai..sedamai hembusan bayu berpupuk lembut di pantai..
hati dia terketuk dengan pangilan itu..dia merasakan seolah-oleh ianya memanggil-manggil dia utk mengadu pd satu kuasa yg Agung….”ya itu lah ..seruan dr Tuhanku”..astaghfirullah…hampir2 dia terlupa pada si DIA..

…hatinya mula bersbisik-bisik syahdu pada Tuhannya…..

.”sungguh lama tidak ku dengar panggilanMu Tuhanku..astaghfirullah..ampunkanlah aku hamba Mu Tuhanku..sungguh aku alpa dgn tempat persinggahan ini..sugguh..aku benar-benar terhanyut dalam arus deras yang telah meneggelamkan aku, yang membuatkan aku jauh dari sisimu..mujur Kau masih menyayangi ku..masih sudi menarikku untuk pulang kepangkuanMu..sungguh ku rasakan ujianmu bisa mmbntuku merapatkan kembali hubungan denganMu Khaliqku ..sungguh ku benar2 bersyukur ya Allah..”

kaki dilangkah secepat mungkin bg menyambuat seruah HAYYA ‘ALAL FALAH…marilah menuju kejayaan..”ya..aku mahu berjaya..” detik hatinya..” sungguh lama pintu itu tidak ku jengah..astaghfirullah…”
berkali-kali kalimah itu bergema di dalam kotak hatinya..

“ku syukur padamu..atas ketenangan yang Kau selubungkan dalam hatiku..ku ingin tenang dalam menempuh ujianmu..walau sepahit hempedu..ku pohon bimbingan dan kekuatan dariMu Tuhan ku yg Maha Kuat..lagi Maha mengetahui segala yg terbaik buat hambanya..”

“sungguh SOLATKU,IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU..KERANAMU YA ALLAH”


PENDAHULUAN..

Bismillahi walhamdulillah..

selaut kesyukuran dirafa'kan kehadratNya atas segala nikmat yang dikurniakan..juga kekuatan yg diberikan untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah difikirkan sebelum ini..

tiada pengalaman menulis bahan2 yg bersifat ilmiah..namun begitu terasa ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat2 terutama yang berada disekeliling di waktu ini..justeru saya wujudkan blog ini bagi berkongsi rasa tentang apa jua yang terlintas difikiran..mungkin ianya sebuah pengalaman, pandangan...mungkin juga satu teguran buat diri yang selalu sahaja alpa dengan kehidupan yang sementara ini..

segala kesilapan atas kefahaman yang diluahkan harap diberi bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka yang lebih arif  tentang sesuatu perkara berbanding diri ini..

kerana diriku hanyalah hambaNya..yg miskin dr Dia yg Maha Kaya..

wassalam.