Sunday, December 12, 2010

..Dakwah Muharram..

Lebih kurang begitulah tajuk cerita yg dipaparkan di TV3 baru2 ini sempena ma’al hijrah..arahan eirma Fatima..Bagi saya pembawaan cerita ini sangat menarik.. J
Terngiang-ngiang nasyid kumpulan Raihan..saya kira ianya sangat ‘sung’ dengan cerita ini..
…Berhibur tiada salahnya,
kerna hiburan itu indah..
hanya pabila salah memilihnya..
membuat kita jadi bersalah…
 begitulah bait2 lagunya..

Mari saya ceritakan serba sedikit tentang cerita ini..yuk teman2.. J

   ..Kisahnya bermula apabila seorang abang, Hafiz, yang berkelulusan dari Cairo Mesir ingin berdakwah pada adiknya, Wan, lepasan SPM, meminati muzik..walaubagaimanapun keliru untuk menjadikan muzik itu sebagai satu  hobi atau suatu kerjaya pada masa akan datang.. Latar belakang keluarga mereka terdiri dari seorang ayah dan ibu yang sangat menjaga urusan agama mereka, mereka dididik untuk berada di rumah sebelum malam, solat maghrib & isya’ berjemaah, seterusnya makan malam bersama..
                
     Sebagai satu solusi, Hafiz telah merancang untuk mengadakan konsert sempena menyambut 1 Muharram di Bukit Bintang, ianya dibantu oleh seorang hartawan dermawan, Dato’ Hasyim yang juga mempunyai matlamat yang sama sepertinya
                
Antara pendirian Hafiz yang boleh saya kongsikan:

1.       masjid sudah dihadiri oleh orang2 yang mempunyai hati yangg lunak terhadap Allah,  oleh itu pendekatan seperti Tazkirah sangat bermanfaat buat mereka

2.       kenapa BUKIT BINTANG? kerana sasaran mad’u nya adalah mereka2 yang jauh dari masjid, yang tak akan ke masjid untuk menyambut 1 Muharram, yang kadang2 ada juga yang tidak tahu- ada apa dengan 1 Muharram..justeru dengan mengadakan konsert yang mampunyai bait2 lirik yang baik..ia merupakan satu dakwah buat mereka2 yang jauh ini.

3.      sebelum konsert di Bukit Bintang diadakan, Hafiz telah bertemu seorang ahli agama dan menyatakan hasratnya, namun ianya tidak dipersetujui..(maaf tak ingat mengapa..)..walaubagaimanapun Hafiz tekad dengan hasratnya kerana dia tahu ianya tidak berlanggar dengan syara’
(* sebagaiamana yang telah dilaksanakan di Kelantan konsert2 seperti konsert Mawi, turut diadakan- tempat duduk diasingkan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga ruang untuk keluarga- bait2 lirik juga diambil kira agar pendengarnya tidak layu leka dengan angan2 yang tidak seberapa..)

Antara ‘scene’ menarik yang ada dalam cerita ini:

1.  babak Hafiz menasihati Wan “Wan..masa kita ada 24 jam..mak dan ayah hanya mintak dari kita untuk 
    berada bersama mereka start waktu maghrib..takkan tu pun tak  boleh..”.

2. babak Hafiz meyertai band Wan..” main lagu bonjovie.abang nyanyi..”…”abang dah kate abang boleh nyanyi lagu macam2..”..: kesimpulan untuk ‘scene’ ini: da’ie kalau boleh kena pandai masuk dengan sasaran mad’u
(*dakwah bilhikmah..iya..bukan suatu yang mudah, namun ia perlu difikirkan..

3. babak perbincangan Hafiz dengan seorang ustaz tentang pendekatan dakwah dengan mengadakan konsert (rock+qasidah)

…Demikian serba sedikit perkongsian tentang cerita ini..bagi saya ianya sebuah realiti yang kita hadapi pada masa kini, semoga Allah mengurniakan kepada kita idea2, ilham2 yang terbaik dari sisiNya untuk ‘menarik’ saudara2 seIslam yang semakin jauh dari landasanNya walau landasnya sudah terbina sejak dari zaman junjungan besar Rasul SAW..namun didikan agama yang kurang menyebabkan masyarakat yang kebanyakannya mewarisi Islam secara keturunan ini tidak menghargai ‘mutiara’ yang tersergam indah di depan mata dek cetek ilmu yang mampu menggilapnya..yang Nampak di mata HANYA kaca & duri  yang menyakitkan sahaja…

Khulasotul koul..

Hanya Allah yang member kita tawfik dan hidayahNya..
namun untuk memperolehnya usaha perlu dilakukan

dariku hambaNya
syamimiahmad

 p/s: terdapat sedikit sebanyak perbezaan dengan cerita asal, walaubagaimanapun asal maksud cerita yang cuba digarap oleh pengarah filem berkenaan cuba saya terjemahkan mengikut kefahamanan saya sendiri


1 comment:

  1. Macam best je cite nie... Tp x tengok pulak hari tue... huhuhu

    ReplyDelete